Pages

Setahun kemudian..

Wow, sedar tak sedar setahun blog ni ditinggalkan.

Tujuan utama blog ni dibina asalnya adalah untuk mengumpulkan segala maklumat berkenaan Kampung Baru, Langkawi ni berserta penduduknya sebanyak yang mungkin.

Tapi disebabkan faktor masa, admin - admin tak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada blog ni. Itu yang jadi terabai tu.

Minta maaf banyak - banyak kepada pengikut blog ni. Walaupun tak ramai, tapi admin sangat menghargainya.

Insyaallah, dari semasa ke semasa, kami akan cuba update berita terkini mengenai kampung ini khasnya dan Daerah Langkawi amnya.

Kelmarin juga, 15.11.12, berlangsungnya perkahwinan salah seorang admin blog ini.

Majlis masih belum selesai sebenarnya. Majlis sebelah lelaki akan berlangsung pada 17.11.12 (Sabtu) ini.

Admin akan cuba update gambar perkahwinan diorang. Bukan itu sahaja, mana - mana perkahwinan yang berlangsung dalam kampung ni pun admin akan usahakan update. First sekali, kena minta izin tuan badan dahulu. Kalau tak, tak boleh.

Untuk November sahaja, ada 5 buah kenduri. Masak masih secara gotong royong, cuma ada majlis yang menggunakan bufet sebagai cara sajian dan ada juga menggunakan bentara.

Diharapkan budaya gotong royong masih dikekalkan. Seronok buat kerja ramai - ramai. Baru la meriah majlis. Kalau upah catering, orang kampung takde keja nak dibuat. Datang majlis, makan, jumpa tuan rumah, sembang lebih kurang dan balik.

Tapi apa pn, itu hanya sekadar pendapat.

Nantikan update bergambar selepas ni!